- +6011 5415 9920
- info@rumawip.org
- Mon - Sun: 10:00 - 17:00
Debt Service Ratio (DSR) atau Nisbah Khidmat Hutang adalah formula ratio yang bank gunakan untuk mengira samada seseorang tu layak ke tak untuk mendapat pinjaman bank loan.
Bila dah sedia nak beli rumah, mesti la anda mohon pinjaman dengan bank kan? Siapalah yang ada duit segedebuk nak beli rumah macam tu je…
Okey, bila dah dapat permohonan tu, bank akan guna formula ratio ni untuk kira sejauh mana kemampuan anda untuk bayar balik hutang setiap bulan.
Bank akan gunakan gaji bersih bulanan dan jumlah hutang tetap setiap bulan macam bayar pinjaman kereta, bayar pinjaman belajar dan lain-lain lagi untuk tentukan samada tahap kewangan anda sesuai ke tak dengan harga rumah yang nak beli tu.
Dari situ, senanglah bank nak buat keputusan samada mereka boleh bagi pinjaman rumah kepada anda atau tidak.
Yang paling penting, bank kena pastikan yang setiap peminjam tu mampu bayar balik pinjaman rumah yang dipinjam.
Jadi, jika mereka rasa yang anda ada ciri-ciri susah nak bayar balik hutang (dalam erti kata lain, akan mengelat nak bayar balik pinjaman), memang tinggilah peluang permohonan anda ditolak bank.
Nisbah ni jugalah yang bank akan guna untuk bandingkan DSR peminjam dengan had maksimum DSR yang dah ditetapkan bank.
Kalau DSR anda tak melebihi had tu, maka, makin dekatlah jurang antara anda dengan duit pinjaman perumahan itu!
Senang cerita, lagi rendah nombor DSR tu, lagi bagus! Kalau boleh, DSR kita yang nak meminjam ni biar duduk sekitar 30-40%.
Sila pakai calculator di bawah untuk cek DSR anda. Anda boleh hubungi kami kalau ada apa2 sebarang pertanyaan.
DSR = (Jumlah Komitmen Hutang / Pendapatan Bulanan) x 100
Nota: Hutang yang masuk dalam CCRIS. Contohnya, kereta, rumah, pinjaman peribadi, PTPTN, kad kredit dan lain-lain hutang. Kalau hutang dengan kawan tak masuk ya 😛
(1) Pendapatan Bulanan Bersih = RM3,000
Komitment Hutang Bulanan:
Kereta = RM500
PTPTN = RM150
Pinjaman Peribadi = RM200
(2) Kad Kredit = RM50
Jumlah Komitmen Hutang Bulanan = RM900
Nota:
(1) Pendapatan bersih setelah ditolak KSWP, Perkeso, LHDN, EIS…
(2) Untuk Kad Kredit, anda boleh kira 5% sahaja dari jumlah hutang kad kredit. Contohnya jumlah hutang kad kredit semasa adalah RM1000, jadi jumlah hutang kad kredit adalah dikira RM50 sahaja sebulan.
DSR = RM900/RM3000 x 100 = 30%
Jumlah DSR adalah 30%, kurang dari 70%. Jadi kebarangkalian permohanan pinjaman akan diluluskan adalah tinggi.
Untuk pengiraan DSR lebih tepat, anda boleh masukkan terus jumlah ansuran bulan bagi pinjaman baru anda.
Sebagai contohnya anda ingin beli rumah yang berharga RM100,000 dan anggaran bulanan bagi pembiyaan rumah tersebut adalah RM500 sebulan.
Bagaimana saya kira anggaran bulanan ini? mudah sahaja, anda bahagikan pinjaman 100k itu dengan 200, maka dapatlah RM500.
Jadi, DSR anda selepas ditambah hutang baru adalah seperti berikut:
Komitmen Hutang Semasa = RM900
Anggaran Hutang Baru = RM500
DSR = (Komitmen Hutang Semasa + Hutang Baru ) / Pendapatan * 100
= (RM900 + RM500) / RM3000 * 100
= 47%
Dengan DSR 47% ini, kebarangkalian pinjaman akan diluluskan adalah tinggi. Boleh mohon sekarang !! 🙂
Use this DSR Calculator to check your Debt Service Ratio before applying for a loan.
Automated page speed optimizations for fast site performance